Gamat keadaanya di kelas Tingkatan 4 Dahlia. Sudah macam pasar borong lagaknya. Bising tak tentu hala. Masing-masing dengan aktiviti sendiri. Ketiadaan guru di kelas mereka membuatkan mereka bebas. Mana yang rajin, elok-elok saja membelek buku buat persediaan. Itupun kalau tak terganggu fokusnya. Yang memang sedia nakal, makin nakal dibuatnya. Terlompat-lompat macam nak masuk acara lari berpagar.
Roket kertas buatan tangan berterbangan dengan banyaknya di udara. Hishh.. macam budak-budak tadika dah.. Lepas ni dah tentu kelas macam lori sampah yang tiada bau busuknya.
Di satu celah, sudut kiri kelas itu, sepasang pelajar sedang elok beromantika di situ. Mulut pelajar lelaki bergerak-gerak meluahkan rasa. Jiwanglah sangat! Yang perempuan senyum-senyum, cairlah tu.
Tiba-tiba, kelas yang hingar bingar itu senyap seketika. Aikkk! Malaikat lalu ke? Ohh.. tidak. Semua pelajar tertoleh ke kiri hadapan kelas. Di pintu masuk, guru perempuan yang bernama Cikgu Salma itu masuk diikuti sorang gadis genit yang nampak seperti malu-malu. Eh, bukan kah mereka diberitahu Cikgu Salma tak sihat dan tak hadir ke sekolah hari ni? Kenapa Cikgu Salma boleh tercegat kat depan tu. Alien kah??
Kelas jadi gamat semula dengan ketawa pelajar-pelajar. Beberapa orang pelajar meledakkan ketawa dengan bahu sudah terhenjut-henjut. Sesetengahnya menunding jari kelucuan melihat penampilan ‘ajaib’ gadis di depan kelas mereka.
Tona muka gadis yang memiliki nama penuh Faudah Ardini itu berubah warna. Wajahnya yang putih terus menjadi putih kemerahan.
~Faudah Ardini~
‘Ni yang malas ni.. Belum apa-apa lagi dah kena gelak dek orang! Aku dah cakap kat mama, kalau buat macam ni mesti orang gelakkan aku punya! Ni sebab mama la ni, suka paksa-paksa orang! Pakai macam ni, buat malu aku saja!’
Aku mengumam sendiri. Bibir diketap habis. Malu bukan kepalang. Tak pernah lagi selama aku bersekolah, aku akan menjadi bahan jenaka orang lain. Kalau bukan sebab mama membuat janji, tak ingin rasanya aku menurut. Balik nanti, kena cakap dengan mama ni.. Minta ganti rugi kat mama!
“Rambut awak macam tanduk rusa yang dah bengkok la..”
“Awak terlepas dari tadika mana tadi?”
“Mesti awak buat jahat kat sekolah lama awak dulu kan? Sebab tu tukar kat sini..”
Arghh… Geramnya aku. Dalam hati, aku sudah menyumpah-nyumpah dan ingin mencekik mahkluk-makhluk tak cukup akal yang menyindirku sebentar tadi tadi. Kalau boleh, aku nak sepak-sepak saja kaki mereka yang menuduhku tanpa usul periksa tu.
‘Korang ingat korang pandai sangat ye..? Takpe, tunggula.. Aku ni budak pandai tau tak! Exam nanti meloponglah korang tengok aku dapat first! Aku akan dapatkan semula kepopularan aku macam kat sekolah lama dulu.’
Aku sudah angkat bakul sendiri. Tapi memang betul pun. Di sekolah lama, aku antara seorang daripada pelajar harapan untuk PMR dan terbukti aku memang berjaya mendapat 8A dalam peperiksaan. Aku pun aktif dalam sukan dan badan persatuan yang lain. Bukan calang-calang orang, aku ni kan..? Hehe..
Aku memintal-mintal hujung rambut yang ditocang dua. Ishh.. asal lah hari ni aku berpenampilan begini? Umur saja 16 tahun tapi gaya dah macam budak kecil saja.. Eii.. macam budak tadika!
“Dini jangan lah malas macam ni. Kalau bukan Dini buat, mama nak suruh siapa lagi. Tapi.. ala.. memang Dini kena buat pun! Mama bukan budak sekolah lagi sampai nak kena pakai macam tu..”
Pujukan mama petang semalam memang mendatangkan mimpi ngeri buat aku. Aku mengeluh. Asal la aku yang jadi mangsa ni??
“Kalau macam tu, mama aje lah yang pujuk dia? Kenapa Dini pulak yang kena pujuk. Mama tahu kan Dini bukan suka kat dia pun. Yang mama nak ikut saja cakap Mak Cik Diah tu, kenapa? Dini tau la, mama bestfriend Mak Cik Diah.”
“Kalau mama baya Dini, dah lama agaknya mama buat.. Hehe..! Ingat tau pesan mama ni. Kena buat!”
“Hah, awak tunggu apa lagi tu?? Kenalkan diri awak! Mereka semua nak kenal dengan awak tu.”
Sergahan Cikgu Salma mematikan mimpi semalam aku. Pantas saja aku mengangkat muka. Semua wajah yang ada di depan menjadi hidangan mataku. Mm.. boleh tahan ramai pelajar dalam kelas ni. Tapi kenapa aku tengok muka diorang semua macam budak jahat aje..? Habis lah aku kali ni..
Anak mataku mencari-cari seseorang. Mana mangkuk sorang tu? Kelihatan satu wajah yang menunduk ke lantai. Diakah??
******
“Awak dah buat ke macam yang kita bincang sebelum ni? Anak manja awak tu nak ikut tak?”
Dua soalan itu menerjah ke pendengaran Puan Fatimah. Encik Daud membuka helaian akhbar yang belum dibacanya itu. Angin pagi memang menyamankan. Sejuk. Puan Fatimah duduk di sebelah suaminya itu setelah siap menuang teh ke dalam cawan. Tadi mereka baru saja bersarapan di dapur. Nasi lemak kegemaran anak perempuan tunggal mereka menjadi menu pagi itu.
“Puteri kesayangan abang tu kan degil! Bukan nak dengar cakap. Puas jugaklah saya pujuk berbagai cara. Janji macam-macam kat dia! Lepas ni koyaklah poket abang tu..” balas Puan Fatimah.
Tersungging senyuman di bibirnya. Sudah mulutnya terlepas janji yang bukan-bukan. Masaklah Puan Fatimah kena bebel sekejap lagi
“Ish.. yang awak janji bukan-bukan tu, siapa suruh? Saya tak suruh kan?? Pandai-pandai awak saja ye.. Alamatnya bulan ni makan pasir lah awak anak beranak..”
“Ye la, termasuk abang sekali kan makan pasir jugak??”
Encik Daud tersengih cuma. Sekadar nak bergurau.
“Kalau dah gitu, baik saya prepare menu apa kita nak buat nanti! Gulai lemak pasir ke, tumis pasir ke..? Hah, abang nak mana satu?” peril Puan Fatimah lagi.
Bukan Puan Fatimah tak tahu, suaminya itu sedang bergurau. Saja nak tambah perisa biar makin pedas gurauan itu.
“Awak ni, orang nak bergurau pun tak boleh.”
“Dah abang kata kita nak kena makan pasir tadi..”
“Ye la.. Ye la.. Abang minta maaf! Sekarang ni dah tak boleh nak bergurau macam dulu ye, awak ni. Dah menapous ke apa? Hihi..” Encik Daud masih tak habis lagi dengan gurauan tadi.
Puan Fatimah mencebir bibir. Malas nak layan. Kang makin menjadi pula. Baik diam.
******
~Aniq~
“Morning, papa, mama!”
Cupp!!
Sebuah ciuman di pipi mama. Papaku pula tersenyum melihatnya.
“Matahari dah naik tinggi, baru nak nampak muka. Nasib along tu lelaki. Kalau perempuan, sah peluru leter mama ni dah keluar dari mulut. Along tak kerja ke hari ni?”
“Tak lah, pa! Along apply cuti. Dua hari. Ingat hari ni nak pergi barang hantaran.”
“Hantaran?? Eh, along nak kahwin dah ke? Kenapa tak cakap dengan mama? Siapa yang along nak pinang ni..? Sampai hati along ye tak bagitahu kami..?”
Tiba-tiba wajah mama menjadi suram. Sedih.
“Eh, mama ni, nak merajuk pula! Pa, pujuk mama sekarang!” pinta aku sambil tergelak. Mulut mama dah mula muncung tu. Kira-kiranya kalau aku buat tempat sangkut baju kat mulut mama, mama kejar aku tak? Hehehe..
Lucu melihat orang berusia seperti mama merajuk. Ah, tak kuasa aku nak pujuk! Lagipun bukannya aku pandai nak memujuk orang perempuan ni. Tak reti lah nak jiwang-jiwang. Bukan cara aku.
Papa kan ada! Biar orang veteran seperti papa yang pujuk. Mesti cair punya lahh!!
Aku mencapai cawan berisi air teh di hadapan mama lalu menghirupnya.
“Arghh.. Panas!!”
Ya, Allah! Rasa nak melecur bibir aku ni. Apa punya air lah ni, panas sangat! Mama ni dah buang tabiat ke apa? Panas sangat air ni.
“Padan muka! Minum tak baca Bismillah tu.. Patut mama dok nampak setan kat tepi tu bersorak aje tadi.. ” ejek mama tanpa rasa bersalah.
Aku terdiam. Memang salahku juga, tak baca doa sebelum minum. Alah.. mama pun salah gak! Mana ada orang buat air panas macam baru diangkat dari cerek ni. Paling kurang pun ada suam-suam sikit air tu.
“Mama nak temankan Aniq tak?”
“Aikk! Beli barang hantaran tu, kenapa tak ajak orang yang nak kahwin dengan Aniq tu?”
“Kenapa lak nak ajak dia? Kang dah tak rahsia dah…” selamba aku menjawab. Iyelah, takkan nak bawak buah hati beli cincin tunang jugak.
Aku ingat nak buat kejutan kat dia. Aku nak tunang dengan dia. Mm.. agak-agak dia terima tak? Sebenarnya aku belum luahkan isi hati aku kat dia. Sebab..???
Antara kami terlalu rapat sebenarnya. Makan pun selalu bersama. Wajahnya selalu bermain di mata kerana aku pun jumpa dia setiap hari. Aku dan dia memang tinggal serumah dalam rumah ni. Kalau petang-petang, aku boring selepas habis kerja, aku pasti ajak dia pergi ke mana-mana dan dia setakat ini tak pernah menolak pelawaanku. Arghh.. dari reaksi sebegitu, aku tahu dia takkan menghampakan aku. Kalau aku melamar dia pun, pasti dia tak tolak!
Tapi macam mana dengan papa dan mama? Mesti mereka akan ingat aku sudah hilang akal??
“Muka tu penuh dengan keyakinan! Papa memang suka style Aniq ni. Siapa-siapa yang tengok Aniq mesti percaya 100% kat Aniq. Siapa nama perempuan tu..?”
Pertanyaan papa aku sambut dengan senyuman. Kalau aku beritahu kat papa, agaknya terperanjat tak papa??
“Papa kenal sangat dengan dia! Mama pun.. Mama paling suka kat dia.”
“Siapa??”
SEDUTAN AKAN DATANG :
“Aniq, papa tak suka Aniq buat macam ni. Aniq tahu, cinta yang Aniq agung-agungkan tu, cinta terlarang! Haram! Lagi satu, sekolah pun tak habis lagi.”
“Kalau ini bukan cinta, apa maksudnya, pa?? Kenapa setiap kali bila Aniq pimpin tangan dia, pegang bahu dia, jantung Aniq berdegup kencang? Kenapa bila malam menjelang, bila Aniq lihat dia tiada di sisi, Aniq resah tak menentu. Aniq selalu tercari-cari dia sedangkan Aniq tahu dia sentiasa dekat dengan Aniq!”
“Astagfirullah!!”
SUMBER : http://www.penulisan2u.my/2011/08/novel-rahsia-cinta-untuk-kamu-1/

Tidak ada komentar:
Posting Komentar